Home Pertahanan dan Keselamatan DSA 2022: Airbus tampilkan produk pertahanan, keselamatan dan satelit

DSA 2022: Airbus tampilkan produk pertahanan, keselamatan dan satelit

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2022 – Syarikat Airbus Aerospace (Airbus) akan menampilkan sistem rangkaian produk pertahanan, angkasa dan perkhidmatan helikopter sewaktu pameran Defence Services Asia (DSA) 2022.

Airbus dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menampilkan model berskala besar seperti pesawat A400M, C295 Maritime Patrol Aircraft serta helikopter H135 dan H225M.

Selain itu, Airbus juga memperkenalkan produk keupayaan perisikan, keselamatan maritim dan pengimejan.

“Malaysia merupakan negara pelanggan eksport pertama pesawat Airbus A400M yang kini dikendalikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” kata kenyataan itu.

Jelasnya, Airbus turut menerajui dalam sektor rotorkraf yang melibatkan lebih 80 helikopter awam dan tentera. Syarikat ini turut mempunyai kemudahan penyelenggaraan dan baik pulih (MRO) serta pusat latihan di Subang.

“Malaysia kini menjadi hab untuk penghantaran helikopter Airbus dan operasi perkhidmatan MRO di Asia Tenggara,” jelasnya.

Tambahnya, Airbus juga terlibat dalam pembinaan MEASAT-3d yang dijangka akan siap pada tahun ini.

Pameran DSA 2022 dan NATSEC akan berlangsung selama 4 hari mulai 28 Mac ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply