Home Semasa PGA serah barang kawalan yang dirampas kepada KPDNHEP

PGA serah barang kawalan yang dirampas kepada KPDNHEP

by Air Times News Network

TANAH MERAH, 22 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tanah Merah telah menerima beberapa paket minyak masak yang cuba diseludup ke negara jiran daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Tanah Merah, semalam.

KPDNHEP dalam hantaran media sosialnya berkata, PGA menyerahkan sebanyak 170 paket minyak masak yang cuba diseludup bersama sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20an berjaya ditahan ketika PGA sedang menjalankan sekatan jalan raya di Pos Ladang Pepuyu bersama sebuah kenderaan yang dipandunya,” jelas beliau.

KPDNHEP berkata, kesemua barang termasuk kenderaan yang diserahkan dianggarkan berjumlah RM30,425 dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Barang 1961.

“Kerjasama agensi penguatkuasaan dalam membanteras aktiviti penyeludupan barang kawalan di persempadanan negara sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply