KUALA LUMPUR, 16 Mac – PAS memutuskan untuk tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah sehingga tamat tempoh.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian ini bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.
“PAS mengikut perkembangan semasa politik tanah air, di samping fokus yang perlu diberikan terhadap usaha pemulihan kesihatan dan ekonomi negara yang bakal memasuki fasa endemik,
“Justeru, PAS membuat pendirian supaya DUN bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubarkan sehingga tamat tempohnya, bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. – airtimes.my