Home Pertahanan dan Keselamatan PDRM serbu kondominium, sindiket tipu dalam talian tumpas

PDRM serbu kondominium, sindiket tipu dalam talian tumpas

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan melakukan serbuan di sebuah kondominium di Jalan Yap Kwan Seng, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Polis Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan dilakukan pada jam 12.30 pagi dan berjaya menahan seramai 3 lelaki warga tempatan berumur 19 hingga 33 tahun.

“Dalam serbuan itu juga pihak polis telah berjaya membuat rampasan 42 unit perkakas dan perlatan penipuan dalam talian,

“Sebanyak 4 unit pemprosesan komputer (CPU), 4 monitor komputer, 1 komputer riba, 28 buah telefon bimbit pelbagai jenama, 5 modem dan 4 papan kekunci,” katanya dalam kenyataan semalam.

Noor Dellhan berkata, kesemua yang ditahan akan direman selama 4 hari bermula 15 hingga 18 Mac dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan.

Tambahnya lagi, sindiket tersebut telah beroperasi selama sebulan dan menyasarkan mangsa dari luar negara dengan berperanan mencari maklumat mangsa melalui akaun facebook seterusnya menyerahkan maklumat berkenaan kepada satu sindiket yang lain bagi tujuan penipuan atas talian. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply