Home SemasaGlobal Rusia umum gencatan senjata untuk buka koridor kemanusiaan di Ukraine

Rusia umum gencatan senjata untuk buka koridor kemanusiaan di Ukraine

by M.Daim

MOSKOW, 9 Mac – Rusia telah mengisytiharkan gencatan senjata sementara di beberapa kawasan di Ukraine bagi memboleh evakuasi orang awam dari kawasan pertempuran.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan berkata, gencatan senjata akan bermula pada pukul 10 pagi 9 Mac waktu Moskow (3 petang waktu Malaysia).

“Pihak Ukraine perlu mengisytiharkan persetujuan mereka selewat-lewatnya pada pukul 3 pagi waktu Moskow (8 pagi Malaysia),” kata kenyataan itu.

Menurutnya, koridor kemanusiaan dibuka bagi membolehkan penduduk tempatan dan warga asing yang terperangkap dari lokasi pertempuran untuk keluar dengan selamat.

Jelasnya, koridor kemanusiaan tersebut terbahagi kepada laluan seliaan Rusia dan Ukraine.

Sementara itu, tentera Rusia telah berjaya menawan kawasan utara bandar Izyum, 114 kilometer selatan Kharkiv. Kemaraan mereka di kawasan tersebut tergendala apabila Ukraine bertindak meletupkan jambatan sepanjang sungai Siversky Donets. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply