KUALA NERANG, 18 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seludup daun ketum di sempadan Malaysia-Thailand, semalam.
Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd) dalam hantaran di media sosialnya berkata, menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) Zon Utara, pasukan keselamatan telah menyerbu seorang penunggang motorsikal yang sedang membawa guni putih dipercayai daun ketum.
“Hasil serbuan tersebut telah berjaya menjumpai 3 guni putih mengandungi daun ketum seberat 100 kilogram (kg) yang telah ditinggalkan, manakala penunggang motorsikal tersebut telah bertindak melarikan diri,
“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM3,500. Barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – airtimes.my