Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PRN Johor: Langkah kluster mahkamah, kleptokrat perkukuh kedudukan – Tun Mahathir

PRN Johor: Langkah kluster mahkamah, kleptokrat perkukuh kedudukan – Tun Mahathir

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 15 Feb – Pengerusi Parti Perjuang Tanah Air (PEJUANG) Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat senada dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan pada 12 Mac depan.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, PRN Johor ini adalah langkah bagi memperkukuhkan kedudukan klsuter mahkamah dan golongan kleptokrat dalam UMNO.

“PRN ini telah dirancang oleh kumpulan yang dikenali sebagai kluster mahkamah dan kleptokrat dari UMNO,

“Tujuan mereka ialah untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di negeri-negeri sebagai langkah awal sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),

“Perancangan mereka ialah apabila menang di pilihan raya umum nanti, mereka akan dapat menggunakan kedudukan untuk menyelesai kes-kes salah guna kuasa, pencurian wang dan harta rakyat,” kata Dr Mahathir.

Mesej itu disampaikan Dr Mahathir dalam dalam surat yang bertajuk ‘Surat Tun Dr Mahahtir kepada pengundi Johor’, hari ini.

Tun Mahathir turut menyeru, kepada semua pengundi Johor untuk membuat pilihan terbaik pada PRN kali ini kerana setiap undi menentukan parti mana yang akan menerajui kerajaan negeri itu.

“Undian saudara dan saudari akan menentukan parti mana yang akan menerajui kerajaan negeri Johor dan amat penting pilihan yang dibuat, selain memberi kebaikan kepada rakyat, ia juga tidak akan merugikan bangsa, agama dan tanah air,

“Kesan PRN Johor ini kepada PRU-15 amat besar dan tidak boleh diambil ringan walaupun wujud perasaan dalam kalangan pengundi bahawa ia tidak akan memberi kesan apa-apa, tidak kira siapa yang berjaya menerajui negeri,” jelasnya.

Jumaat lalu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri menyatakan pendiriannya bahawa satu-satu cara untuk tidak memberikan ‘kluster mahkamah’ kembali berkuasa adalah dengan tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Muhyiddin menjelaskan, jika kemenangan diberikan kepada BN pada PRN Johor, ‘kluster mahkamah’ akan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen supaya PRU-15 diadakan.

Justeru, Mahathir berkata, berikutan itu PEJUANG menyertai PRN Johor bagi menyekat kleptokrat dan kluster mahkamah mencapai perancangan mereka.

“Rakyat Johor telah menolak calon-calon UMNO dan BN di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018 kerana mereka tidak mahu bertindak dan mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk melepas jawatan dan sebaliknya terus mempertahannya. Kali ini, mereka masih lagi mempertahan kleptokrat,

“Saya pasti pengundi Johor akan bersama PEJUANG untuk menyekat perancangan mereka,” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply