Home Semasa Kerajaan benarkan ibadah umrah mulai hari ini – Hishammuddin

Kerajaan benarkan ibadah umrah mulai hari ini – Hishammuddin

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=kX_i-vk5MUE[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Kerajaan membuat keputusan membenar umat Islam kembali mengerjakan ibadah umrah mulai hari ini.

Menteri Kuartet COVID-19, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Mesyuarat Kuartet telah membuat keputusan berikutan kerajaan telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dikuatkuasa bermula 14 Februari ini bagi menunaikan umrah.

“SOP adalah person incharge (PIC) dari agen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah umrah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan semasa di PMA Malaysia (turut serta dengan jemaah sekiranya melebihi 40 orang atau disediakan bagi setiap tempoh tersebut untuk jumlah jemaah kurang dari 40 orang),

“Mewajibkan dos penggalak dan membenarkan menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa memohon kelulusan Home Quarantine Application (HQA),

“Tetapi jemaah dibenarkan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata, kerajaan tahu bahawa ada jemaah yang berangkat ke Tanah Suci hari ini dan mereka masih terikat dengan SOP sedia ada.

“Oleh itu, untuk jemaah umrah yang akan ke Arab Saudi hari ini sehingga 13 Februari, mereka terikat dengan SOP sedia ada,

“Walau bagaimanapun, apabila mereka pulang semula ke tanah air kelak, mereka diwajibkan mematuhi SOP baharu yang telah dikuatkuasakan,” ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan kerajaan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron. – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply