Home Semasa SPRM nafi lakukan intimidasi terhadap Maszlee Malik

SPRM nafi lakukan intimidasi terhadap Maszlee Malik

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tuduhan pegawainya melakukan intimidasi terhadap Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik ketika melakukan siasatan.

SPRM menegaskan bahawa proses siasatan perlu dijalankan setelah terdapat aduan rasmi berhubung sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan sebagaimana peruntukan undang-undang.

“SPRM menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononya pegawai Suruhanjaya ini melakukan intimidasi sebagaimana yang didakwa Ahli Parlimen Simpang Renggam,

“SPRM telah menerima 2 aduan terhadap Ahli Parlimen berkenaan dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan pada, Ahad.

Menurut SPRM, setiap siasatan yang dijalankan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menemu bual beberapa saksi yang terlibat.

“SPRM tidak akan tunduk kepada tekanan dari mana-mana pihak untuk mengalihkan isu rasuah dan penyelewengan dengan pelbagai tekanan yang sengaja dibuat,

“Siasatan yang dijalankan akan berteraskan prinsip ketelusan, keadilan dan profesionalisme serta berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan,” ujarnya.

Justeru, SPRM berharap pihak yang terbabit memberikan kerjasama penuh dan berhenti mensensasikan proses siasatan ini.

Terdahulu, bekas Menteri Pendidikan itu mendakwa siasatan SPRM ke atas dirinya dan beberapa pegawai di Parlimen Simpang Renggam sebagai satu bentuk intimidasi.

Dr Maszlee berkata, SPRM turut menyiasat beberapa pegawai di Kementerian Pendidikan yang didakwanya sebagai usaha untuk mencari kesalahan terhadap dirinya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply