Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan kapal kargo berdaftar di Indonesia bersauh tanpa kebenaran

APMM tahan kapal kargo berdaftar di Indonesia bersauh tanpa kebenaran

by Air Times News Network

KOTA TINGGI, 31 Jan – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor menahan sebuah kapal kargo berdaftar di Indonesia kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran di Tanjung Sedili Kechil, pada Sabtu.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal kargo tersebut ditahan semasa rondaan penguatkuasaan sekitar perairan Johor Timur pada jam 1.33 petang di kedudukan 30.7 batu nautika timur Tanjung Sedili Kechil.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal tidak memiliki sebarang kebenaran bersauh namun kesemua 20 kru warga Indonesia berumur di antara 21 hingga 47 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,

“Kesemua kru berserta kapal kargo sepanjang 120 meter itu telah ditahan dan akan disiasat dibawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya lagi, APMM Johor akan terus melaksanakan rondaan penguatkuasaan bagi memastikan perairan negeri itu terpelihara. – airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply