MOSKOW, 27 Jan – Presiden Rusia, Vladimir Putin telah bersetuju untuk membuka dimensi baharu kerjasama pertahanan dengan Cuba, Venezuela dan Nicaragua.
Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov menyatakan kerjasama strategik tersebut melibatkan peningkatan kerjasama ketenteraan.
“Presiden telah berbincang dengan rakan sejawatan dari ketiga-tiga negara dan mereka telah setuju untuk meneroka lebih lanjut untuk mempertingkatkan kerjasama secara strategik tanpa sebarang pengecualian,
“Ia turut melibatkan kerjasama ketenteraan dan teknikal pertahanan,” kata Lavrov di Duma (Parlimen Rusia).
Jelasnya, rundingan antara Rusia dengan ketiga-tiga negara Amerika Tengah itu akan diadakan dalam masa terdekat. – airtimes.my
