1K
SEOUL, 27 Jan – Korea Utara sekali lagi melancarkan ujian peluru berpandu balistik.
Pelancaran ke-6 pada bulan ini melibatkan 2 buah peluru berpandu balistik jarak pendek.
Media Korea Selatan yang memetik kenyataan pihak tentera berkata, kedua-dua peluru berpandu terbabit dilancarkan dari kawasan pantai timur Korea Utara.
“Pelancaran berlaku pada pukul 8 pagi (waktu Korea Selatan) dan diikuti penembakan kedua 5 minit kemudian,
“Peluru berpandu terbabit terbang sejauh 190 kilometer pada altitud 20,000 meter,” kata laporan itu. – airtimes.my