WASHINGTON, 27 Jan – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony J. Blinken menegaskan diplomasi dan meja rundingan merupakan keutamaan negara itu dalam menyelesaikan isu ketegangan antara Rusia dan Ukraine.
“Kita terbuka untuk dialog dan memilih diplomasi. Kami bersedia untuk melangkah ke hadapan untuk sebarang ruang komunikasi dan kerjasama sekiranya Rusia mengurangkan tindakan agresi terhadap Ukraine,” katanya dalam satu sidang media.
Menurut beliau, AS bertindak seiring dengan Ukraine serta negara rakan dan sekutu di Eropah.
“Kita sememangnya serius apabila menyentuh hal diplomasi dan bertindak dengan fokus untuk meningkatkan keupayaan pertahanan Ukraine,” ujarnya. – airtimes.my