Home Semasa New Zealand arah sektor perniagaan siap sedia hadapi kesan Omicron

New Zealand arah sektor perniagaan siap sedia hadapi kesan Omicron

by M.Daim

WELLINGTON, 24 Jan – Kerajaan New Zealand telah mengarahkan sektor perniagaan negara itu untuk bersiap sedia bagi menghadapi kesan wabak Omicron di negara itu.

Menteri kewangannya, Grant Robertson menggesa syarikat-syarikat di negara itu untuk memastikan perjalanan rancangan perniagaan mereka dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Sekiranya New Zealand berhadapan dengan kenaikan kes sebanyak 25 ribu sehari, berkemungkinan seramai 350 ribu pekerja terpaksa mengasing diri dalam tempoh yang sama,” katanya dalam satu sidang media di Wellington, semalam.

Jelas Grant, pihak kerajaan New Zealand bersedia untuk menyalurkan bantuan sekiranya keadaan memerlukan.

Semalam, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan negara itu memperketatkan semula kawalan untuk membendung Omicron yang sedang menular dalam komuniti. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply