Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat cekup 8 PATI Indonesia baru mendarat

Tentera Darat cekup 8 PATI Indonesia baru mendarat

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 17 Jan – Hasrat 8 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indoensia untuk memasuki Malaysia gagal, apabila ditahan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam Operasi Benteng (Op Benteng), awal pagi tadi.

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (Mk 3 Div) dalam kenyataan berkata, penahanan tersebut adalah hasil pengesanan oleh Tim Pos Pemerhati yang mengesan pergerakan bot yang mencurigakan di persisir pantai Kampung Masjid, Teluk Ramunia.

“Anggota bertugas telah melihat kelibat orang sedang turun dari bot dan berjalan menuju ke arah daratan pantai tersebut,

“Tim terus diaturgerakkan dan berjaya menahan serta membuat penangkapan ke atas 6 orang PATI warga Indonesia,

“Kemudian, pada jam 7,20 pagi, Tim Quick Reaction Force (QRF) pula telah berjaya membuat penambahan tangkapan ke atas 2 orang PATI yang juga warga Indonesia,” jelas kenyataan itu.

Menurutnya, kesemua 8 PATI terdiri daripada 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan warga Indonesia itu berusia sekitar 30 hingga 49 tahun.

“Kesemua mereka telah dibuat saringan COVID19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit. Hasil ujian saringan mendapati kesemuanya negatif COVID-19,

“Mereka akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Setia Tropika, Kempas. Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai,” tambahnya.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM4,811.52 melibatkan matawang Malaysia RM 612.00, matawang Indonesia IDR 1,060,000 (RM309.52), beberapa matawang asing yang lain, 7 buah telefon bimbit bernilai RM3,130.00, barang kemas bernilai RM680.00 serta seutas jam tangan.

Pada masa yang sama, Tim QRF dan Tim Dron Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta bantuan dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diaturgerakkan bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply