Home SemasaGlobal Korea Utara lancar 2 peluru berpandu balistik dari lapangan terbang

Korea Utara lancar 2 peluru berpandu balistik dari lapangan terbang

by M.Daim

SEOUL, 17 Jan – Korea Utara didakwa telah melancarkan 2 peluru berpandu balistik dari kawasan lapangan terbang di Pyongyang, hari ini.

Menurut pihak Tentera Korea Selatan, peluru berpandu balistik jarak dekat telah dilancarkan pada awal pagi Isnin dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang (Sunan Airfield).

Pelancaran terbaharu itu merupakan yang keempat dilaksanakan oleh Korea Utara dalam masa 2 minggu.

“Peluru berpandu yang dilancarkan mampu untuk mengempur sasaran dalam jarak kurang 400 kilometer,

“Ia berkemungkinan adalah sama seperti pada Jumaat lalu,” lapor media Korea Utara.

Menurutnya, peluru berpandu terbabit direka berasaskan Iskander buatan Rusia.

Sebelum ini, Korea Utara mendakwa mereka telah berjaya melaksanakan ujian penembakan peluru berpandu balistik hipersonik. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply