Home Semasa Anak penggal kepala ibu sehingga maut

Anak penggal kepala ibu sehingga maut

by Air Times News Network

KUALA SELANGOR, 16 Jan – Seorang wanita berusia 56 tahun maut dipercayai dipenggal kepala oleh anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang, pada Sabtu.

Suspek yang berusia 28 tahun itu dikatakan membunuh mangsa ketika berada di ruang tamu berikutan terdapat kesan darah di sekitarnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian disedari oleh salah seorang daripada anak mangsa yang pergi ke kediaman berkenaan selepas beberapa kali gagal menghubungi mangsa.

“Kejadian disedari seorang daripada anak mangsa yang gagal menghubunginya, sebelum pergi ke rumah. Sebaik tiba, anak mangsa melihat keadaan rumah berlumuran darah dan suspek yang terkejut terus melarikan diri ke belukar di belakang rumah,

“Polis dengan bantuan penduduk berjaya menahan suspek yang bersembunyi dalam belukar itu dan siasatan lanjut sudah dijalankan oleh pasukan forensik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata, polis turut merampas parang disyaki digunakan suspek untuk memenggal kepala ibunya yang ditemui dalam tandas rumah berkenaan.

“Laporan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine,

“Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dan suspek direman selama 7 hari sehingga 22 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply