Home Pertahanan dan Keselamatan Gotong-royang Wadah erat hubungan tentera, penduduk setempat

Gotong-royang Wadah erat hubungan tentera, penduduk setempat

by Air Times News Network

PUTATAN, 16 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) telah diaturgerakkan bagi membantu Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar Putatan melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) penduduk setempat.

Markas 5 Div menerusi hantaran di media sosial berkata, seramai 2 orang pegawai bersama 30 anggota telah diaturgerak bagi Program Khidmat Komuniti Majlis Dakwah Negara (MDN) di sekitar Masjid Daerah Putatan, semalam.

Menurutya, program yang dilaksanakan ini telah berjaya mewujudkan hubungan baik antara ATM dan masyarakat awam.

“Selain itu, aktiviti ini juga dapat mewujudkan persepsi yang baik terhadap TDM khususnya warga 5 Div yang sentiasa menjadi pertahanan negara yang dihormati dan disegani,”ujarnya.

Tambahnya, kerja-kerja gotong-royong ini melibatkan ketumbukan 5 Div daripada pasukan Rejimen Kelima Semboyan Diraja (5 RSD), 75 Bn Kor Perkhidmatan Diraja (75 Bn KPD) dan Rejimen Keenam Artileri (6 RAD).

“Program ini turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Majlis Daerah Putatan (MDP), dan juga komuniti setempat,

“Bantuan dan kerjasama ini mendokong Tonggak Kelima dalam Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Dengan Awam,” jelas 5 Div. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply