Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 7 pegawai, 137 anggota Tentera Darat kini bergelar Komando

7 pegawai, 137 anggota Tentera Darat kini bergelar Komando

by Nurulhuda

SUNGAI UDANG, 28 Dis – Seramai 7 pegawai dan 137 anggota lain-lain pangkat (LLP) Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Siri AK/2/2021 setelah melalui pelbagai cabaran serta peringkat latihan sejak 3 bulan lalu.

Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) Mejar Jeneral Nubli Hashim di Pantai Betutu Laut, Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang, Melaka, pada Ahad lalu.

Kesemua mereka telah dianugerahkan Beret Hijau, Dagger Komando dan sijil bagi melayakkan mereka memakai Beret Hijau Gerak Khas.

Nubli dalam ucapannya turut mengingatkan semua peringkat anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) agar sentiasa menjaga maruah Beret Hijau yang dijunjung di kepala hingga ke akhir hayat dan menghindari aktiviti negatif yang boleh merosakkan diri serta perkhidmatan.

Acara penutup turut diselitkan dengan Demonstrasi Serangan Pantai oleh penuntut kursus yang turut melibatkan bantuan 2 buah pesawat udara Agusta A109 LOH dari Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (Rej 881 PUTD).

Demonstrasi diakhiri dengan penyerahan Bendera Kursus yang menjadi simbolik dan tradisi di mana ianya diserahkan kembali kepada Komandan PULPAK.-airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply