Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Eksesais MALPAK perkukuh kerjasama pertahanan TLDM dan Tentera Laut Pakistan

Eksesais MALPAK perkukuh kerjasama pertahanan TLDM dan Tentera Laut Pakistan

by Nurulhuda

LUMUT, 10 Dis – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meneruskan kerjasama pertahanan antara negara sahabat melalui pelaksanaan Eksesais Malaysia-Pakistan (MALPAK) siri 3/2021 bersama Tentera Laut Pakistan (TLP) di sekitar perairan Selat Melaka.

Unit Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) dalam kenyataan berkata, eksesais yang dilaksanakan bagi memperkasakan kesefahaman dan meningkatkan interoperability, latihan bilateral dwitahunan yang berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) ini telah dilaksanakan mulai 5 hingga 8 Disember lalu.

“Kedua-dua angkatan laut terus mempamerkan komitmen kesefahaman yang jitu menerusi penglibatan 2 buah aset oleh TLDM iaitu KD LEKIU dan KD LEKIR serta sebuah aset oleh TLP iaitu PNS TUGHRIL,

“Turut terlibat menjayakan eksesais adalah Fast Combat Boat TLDM.

Menurut kenyataan itu, PNS TUGHRIL telah memasuki Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) bagi peringkat pelaksanaan pra eksesais meliputi majlis pembukaan yang telah dilaksanakan mengikut pendekatan norma baharu secara atas talian.

“Kesediaan TLDM menerima semula aset tentera laut asing ini membuktikan tahap keyakinan tinggi kedua-dua negara berhubung tahap pengawalan pandemik yang telah dilaksanakan melalui SOP kawalan penularan ketat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak,

“Matlamat eksesais telah diterjemahkan melalui beberapa siri latihan yang direalisasikan meliputi manuvra taktikal, pengoperasian bot dan sail past,

“Kelangsungan latihan yang lancar tanpa sebarang insiden jelas menggambarkan sikap profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan warga kedua-dua angkatan laut,” jelasnya.

Tambahnya, selain komited terhadap keselamatan maritim dan kerjasama pertahanan negara rantau ini, TLDM akan terus memanfaatkan setiap peluang beroperasi bersama angkatan laut sahabat dalam memacu ketersediaan warga untuk melindungi serta mempertahankan kepentingan maritim negara pada sebilang masa.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply