Home Politik PRN Sarawak: SPR adakan mesyuarat khas 24 November

PRN Sarawak: SPR adakan mesyuarat khas 24 November

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada 24 November ini di Kuching, Sarawak.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat khas tersebut akan bermula jam 9.00 pagi.

“Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Sarawak seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain persiapan bagi melaksanakan PRN tersebut,

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada 5 November, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah dibubarkan berkuat kuasa 3 November, bagi membolehkan diadakan PRN.

Pembubaran itu selaras dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 Nov berkenan menamatkan Proklamasi Darurat bagi Sarawak. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply