Home Semasa APMM tahan 3 vesel berlabuh tanpa kebenaran

APMM tahan 3 vesel berlabuh tanpa kebenaran

by Air Times News Network

KOTA TINGGI, 10 Nov – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menahan 3 vesel kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, semalam.

Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, ketiga-tiga vesel ditahan kerana nakhoda kapal gagal mengemukakan kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

“Bot tunda bersama sebuah tongkang yang berdaftar di Kuching, Sarawak ditahan oleh APMM pada kedudukan 11 batu nautika timur Tanjung Penawar dan bot berkenaan dikendalikan oleh 9 kru termasuk nakhoda berumur antara 27 hingga 45 tahun kesemuanya warganegara Indonesia,

“Setelah diperiksa nakhoda bot tunda berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen pemakluman ketibaan kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada hari.

Nurul Hizam berkata, penahanan seterusnya dilakukan oleh kapal ronda APMM terhadap kapal tangki yang berdaftar di Malabo,

“Kapal berkenaan dikendalikan oleh 8 kru termasuk nakhoda berusia antara 22 hingga 54 tahun warganegara Indonesia di kedudukan 12.5 batu nautika Timur Laut Tanjung Siang,” tambahnya.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952, Seksyen 491B(1)(L) yang mana sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua–duanya.

“Bagi kesalahan gagal melaporkan ketibaan kepada Pengarah Laut Malaysia disiasat di bawah Seksyen 449 OPS 1952 boleh didenda tidak melebihi RM 5 ribu,” ujarnya.

Pada masa sama Nurul Hizam menjelaskan, pihaknya terus komited dalam menangani aktiviti kapal-kapal yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply