Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Gerak Pantas ‘cabar’ kesiagaan 10 Briged Para

Eksesais Gerak Pantas ‘cabar’ kesiagaan 10 Briged Para

by Air Times News Network

TOK BALI, 30 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi formasi 10 Briged Para (10 Bgd Para) telah melaksanakan Eksesais Gerak Pantas Siri 25/2021 bagi menguji tahap kompetensi dan kesiagaan Pasukan Atur Cepat (PAC).

TDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, latihan yang berlangsung mulai 18 hingga 28 Oktober lalu telah diadakan di sekitar kawasan am Pantai Timur Malaysia.

Panglima 10 Bgd Para berkata, Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal berkata, fokus utama eksesais ini adalah untuk menilai tahap kompetensi dan kesiagaan PAC yang merangkumi latihan Pre Deployment Training (PDT), aturgerak Operasi PARACUT dari Pengkalan Pelancar dan seterusnya Ground Tactical Manoeuvre (GTM).

“Aturgerak 10 Bgd (Para) digugurkan dibelakang garisan musuh (Behind Enemy Lines) yang melibatkan penyusupan taktikal Tim Tinjau Kompeni PANDURA (Para), penerjunan tempur statik serta guguran Container Delivery System (CDS) dan Heavy Equipement (HE),

“Ketumbukan ini diaturgerakkan secara Tactical Air Landed Operation (TALO) dengan melibatkan aturgerak trup, kenderaan tentera dan aset persenjataan sepanjang Eksesais berlangsung,” katanya.

Panglima 10 Bgd Para menegaskan, kesiagaan operasi Leading Para Battle Group (LPBG) dan Follow Up Para Battle Group (FUPBG) kini benar-benar berada di tahap tertinggi untuk diaturgerakkan pada bila-bila masa.

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan, latihan ini dilaksanakan sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu kelangsungan misi dan kesiagaan dengan memberi penumpuan kepada peningkatan tahap kesiagaan, kompentensi serta aset TDM. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply