Home SemasaGlobal Filipina-Brunei meterai perjanjian pertahanan baharu

Filipina-Brunei meterai perjanjian pertahanan baharu

by M.Daim

MANILA, 26 Okt – Tentera darat Filipina dan Brunei telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berhubung kerjasama pertahanan antara kedua-dua pihak.

MoU ditandatangani secara maya oleh Panglima Tentera Darat Filipina, Leftenan Jeneral Andres Centino dan rakan sejawatannya dari Brunei, Brigedier Jeneral Muhammad Haszaimi Bol Hassan.

Menurut laporan media Filipina, perjanjian terbaharu itu merupakan pindaan kepada MoU yang dimeterai sebelum ini. Namun, kandungan perjanjian baharu itu tidak dinyatakan.

“Kumpulan Kerja Tentera Darat Brunei-Filipina telah menggariskan 12 kerjasama bilateral untuk tahun 2022,

“Tentera Darat Filipina bersedia untuk menjayakan pelaksanaan kerjasama dua hala pada tahun hadapan,” kata Andres yang dipetik oleh Inquirer. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply