Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat Malaysia dan India perkukuh hubungan bilateral

Tentera Darat Malaysia dan India perkukuh hubungan bilateral

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) terus memperkukuhkan hubungan 2 hala yang sedia terjalin dengan Tentera Darat India (India Army) terutamanya dari segi bilateral di antara kedua-dua negara.

Hubungan ini diperkukuhkan lagi melalui sesi perbincangan yang berlansung secara maya diantara Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Chief of The Army Staff India, General Manoj Mukund Naravane, pada Khamis.

TDM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, kedua-dua pemimpin turut membincangkan usaha penambahbaikan kerjasama ketenteraan meliputi latihan bersama, lawatan rasmi, rancangan pertukaran kursus dan pegawai serta lawatan pertukaran Subject Matter Expert (SME) di antara kedua-dua Tentera Darat.
“Isu utama yang dibincangkan di dalam sidang video ini menyentuh perkembangan semasa penularan wabak COVID-19 di kedua-dua negara,

“PTD turut berkongsi maklumat berkenaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), yang turut melibatkan pemberian vaksin untuk warga dan keluarga TDM,

“Ini termasuklah usaha yang dilaksanakan oleh TDM melalui atur gerak Combat Medic Vaccination Team (CMVT), untuk melancarkan program pemberian vaksin kepada masyarakat pedalaman di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” jelas TDM.

Selain itu, Zamrose turut menyentuh isu penglibatan TDM dalam membantu kerajaan menangani pandemik COVID 19 melalui Operasi Penawar dan Operasi Benteng.

“PTD turut berkongsi maklumat serta menyampaikan jemputan untuk menghadiri pameran ketenteraan Defence Services Asia (DSA) 2022 di Malaysia,

“Kedua-dua pemimpin merakamkan penghargaan di atas komitmen serta persefahaman yang dapat dicapai walaupun dilaksanakan dalam masa yang singkat,

“Persidangan video di antara tampuk pimpinan TDM dengan Indian Army sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung PTD iaitu Pengukuhan Hubungan Pertahanan, yang memberikan penekanan dan penumpuan kepada aspek pengukuhan kerjasama pertahanan di peringkat serantau dan antarabangsa,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply