Home SemasaGlobal Israel sita syarikat Lubnan terlibat bantu Hezbollah

Israel sita syarikat Lubnan terlibat bantu Hezbollah

by M.Daim

TEL AVIV, 22 Okt – Kerajaan Israel telah mengenakan sekatan dan menyita syarikat Lubnan atas dakwaan mempunyai kaitan projek peluru berpandu Hezbollah.

Arahan menyita syarikat Shreif Sanitary Co yang dimiliki oleh Haytham Ahmad Muhammad Shrief.

Media pertahanan Israel memetik kenyataan Tel Aviv yang menjelaskan arahan dikeluarkan berdasarkan maklumat oleh pihak perisikan dan agensi penyiasatan kewangan.

“Syarikat terbabit merupakan pembekal Hezbollah dan mengetahui kegiatan serta aktiviti kumpulan itu,

“Malah mereka telah membekalkan peralatan kepada Hezbollah pada harga yang lebih murah,” lapor Jerusalem Post.

Pihak Israel mendakwa Hezbollah sedang membangunkan projek persenjataan roket sejak 2013. Kumpulan itu turut dipercayai memiliki lebih 130 roket serta misil pelbagai jenis dalam simpanan mereka.

Menurut pihak Israel, pembangunan roket Hezbollah dibantu oleh pegawai tentera Iran yang berada di Lubnan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply