Home Semasa Malaysia terima hampir 3 juta vaksin COVID-19 dari negara luar

Malaysia terima hampir 3 juta vaksin COVID-19 dari negara luar

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Malaysia telah menerima sumbangan sebanyak 2,913,750 vaksin dari 4 buah negara.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim di Dewan Rakyat, hari ini.

“Jumlah sumbangan yang telah diterima adalah sebanyak 2,913,750 dos yang meliputi seramai 1.40 juta penduduk Malaysia,

“Semua sumbangan vaksin telah dimasukkan dalam stok bekalan vaksin Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Menurut Ahmad Amzad, Malaysia mempunyai ikatan perjanjian dengan negara-negara penyumbang vaksin yang tidak membenarkan sebarang penjualan vaksin kepada mana-mana pihak ketiga.

Berdasarkan perincian yang dikongsikan oleh beliau, Amerika Syarikat merupakan negara penyumbang vaksin terbanyak kepada Malaysia iaitu sebanyak 1,000,350 dos Pfizer.

Jepun telah memberikan sumbangan terbanyak bagi vaksin AstraZeneca dengan 998,400 dos manakala 415,000 dari United Kingdom.

Sementara itu, sebanyak 500,000 vaksin Sinovac telah diterima dari China. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply