LOK KAWI, 24 Sep – Seramai 259 anak-anak anggota tentera naungan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) menerima vaksin yang dilaksanakan secara Pandu Lalu di Kem Lok Kawi, pada Khamis.
Pihak 5 Div menerusi hantaran di media sosialnya berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ini dilaksanakan adalah sebahagian daripada usaha Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam mendokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan pemberian vaksin kepada anak-anak anggota tentera yang berumur antara 12 sehingga 17 tahun.
“Selain bagi memastikan proses vaksinasi disegerakan agar tiada golongan yang tercicir dan seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok dalam kalangan tentera dan waris,
“Program yang dilaksanakan seawal jam 8.30 pagi ini mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan,” jelasnya.
Selain itu, pihak 5 Div turut menjelaskan, program ini dilaksanakan bagi mencapai tahap imuniti kelompok di negeri itu. -airtimes.my