Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 5 Divisyen laksana gotong-royong, erat kerjasama penduduk setempat

5 Divisyen laksana gotong-royong, erat kerjasama penduduk setempat

by Nurulhuda

LOK KAWI, 23 Sep – Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) dengan melakukan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang dinaiki air akibat hujan lebat di Sekolah Kebangsaan Lok Kawi, semalam.

Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, seramai 17 anggota bersama 15 orang guru sekolah telah terlibat dalam gotong-royong tersebut.

“Anggota naungan 5 Div bersama guru Sekolah Kebangsaan Lok Kawi terlibat dalam gotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang dinaiki air akibat hujan lebat berterusan pada 15 Sep 21 lepas,

“Beberapa bangunan terjejas akibat dinaiki air antaranya adalah adalah bilik darjah, pejabat guru, pejabat pentadbiran dan juga dewan perhimpunan,

“Pembersihan kawasan sekolah bermula seawal jam 9.00 pagi bagi membersihkan kawasan dan mengalihkan perabot yang rosak di bangunan sekolah,” ujarnya.

Menurutnya, program yang dilaksanakan ini juga mampu menjalinkan kerjasama erat antara tentera dengan penduduk setempat. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply