Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: 15 PATI Indonesia baru mendarat kena cekup Tentera Darat

Op Benteng: 15 PATI Indonesia baru mendarat kena cekup Tentera Darat

by Air Times News Network

KOTA TINGGI, 20 Sept – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia yang baru mendarat bersembunyi di tepi pantai kawasan Ladang Kurnia, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, pada jam 1 pagi, anggota petugas Pos Pemerhati telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan sedang merapati ke pantai sekitar kawasan tersebut.

“Hasil maklumat tersebut, pasukan telah menghantar Tim Quick Reaction Force (QRF) bagi melaksanakan penjejakkan,

“Hasil serbuan yang dilakukan pada jam 1.30 pagi telah berjaya menangkap 15 individu dipercayai PATI sedang bersembunyi di tepi pantai Ladang Kurnia,” katanya.

Menurutnya, kesemua PATI terdiri daripada 6 lelaki dan 9 wanita berusia sekitar 18 hingga 48 tahun dipercayai baharu saja masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak sah.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM6,984.63 melibatkan matawang Indonesia IDR 3,018,000.00 (RM884.63) bersama 12 buah telefon bimbit serta barang kemas,

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, 3 Div menjelaskan, pihaknya telah meneruskan atur gerak QRF dan Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply