Home Pertahanan dan Keselamatan 255 pelajar SMK DTHO Kem Kementah terima suntikan vaksin Pfizer

255 pelajar SMK DTHO Kem Kementah terima suntikan vaksin Pfizer

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=qXnWdeNeBmE[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Seramai 255 pelajar tingkat 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn (DTHO) menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja), hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, baki 675 orang pelajar lagi dijangka selesai menerima suntikan masing-masing pada 24 September ini.

“Selain SMK DTHO, terdapat 4 buah lagi sekolah menengah di dalam kem-kem ATM iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kem Terendak, Melaka; SMK Kem Terendak; SMK Pangkalan TLDM, Lumut dan SMK Tangjung Pengelih, Johor,

“Vaksinasi bagi pelajar sekolah-sekolah berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang berhampiran,” katanya pada sidang media selepas meninjau Program Vaksinasi COVID-19 ‘Back To School’ Peringkat Kementerian Pertahanan di SMK DTHO, Kem Kementah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin berkata, baki 675 orang pelajar lagi dijangka selesai menerima suntikan masing-masing pada 24 September ini.

Menurutnya, ATM komited untuk segera memulakan kerjasama bagi melancarkan pemberian vaksin kepada para pelajar termasuk 5,887 orang pelajar berumur 12 hingga 17 tahun di sekolah di dalam kem-kem ATM.

“Pada masa sama, saya ingin memaklumkan, Maktab Tentera Diraja (MTD), di Kem Sungai Besi turut berada dibawah tanggungjawab ATM,

“Sehubungan itu, program vaksinasi remaja untuk pelajar MTD akan dilaksanakan minggu ke-5 bulan September iaitu sebaik sahaja kesemua 504 pelajar melapor diri pada 27 September ini,” ujarnya.

Turut hadir, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin meninjau Program Vaksinasi COVID-19 ‘Back To School’ Peringkat Kementerian Pertahanan di SMK DTHO, Kem Kementah

Sementara itu, untuk pemberian vaksin kepada pelajar sekolah rendah pula, seramai 330 pelajar di Sekolah Kebangsaan Kem Kementah dan DTHO akan diberi suntikan vaksin yang mana ia juga dijangka selesai pada 24 September ini.

Katanya, ATM sentiasa bersedia untuk mengaturgerak Tim Suntikan Bergerak Perkhidmatan Kesihatan ATM pada bila-bila masa bagi membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan program vaksinasi di sekolah-sekolah di seluruh negara sekiranya diperlukan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply