Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Op Benteng: TLDM tahan 13 PATI Indonesia ceroboh perairan Johor

Op Benteng: TLDM tahan 13 PATI Indonesia ceroboh perairan Johor

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas kesalahan menceroboh Malaysia melalui jalan laut yang tidak diwartakan di perairan Johor Selatan, malam tadi.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan berkata, penahanan tersebut dibuat setelah Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) mengesan sebuah bot berkelajuan tinggi bergerak dari Pulau Batam, Indonesia menuju ke perairan Teluk Ramunia, Johor.

KD GANYANG diaturgerakan ke lokasi 4 batu nautika selatan Teluk Ramunia. Foto: TLDM

“Area Control Centre (ACC) Johor telah menyalurkan maklumat pencerobohan kepada KD GANYANG di lapangan untuk tindakan lanjut,

“KD Ganyang seterusnya telah mengkoordinasikan bot pemintas FCB 1123, RHIB SANTI serta aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu PERKASA 30 bagi memintas bot tersebut,” katanya.

Menurutnya, bot PATI tersebut bertindak untuk melarikan diri setelah menyedari kehadiran bot TLDM dan APMM di lokasi tersebut.

“Namun hasil kecekapan dan tindak balas pantas FCB 1123, RHIB Santi dan Perkasa 30 telah berjaya mengagalkan cubaan tersebut dan memberkas kesemua PATI di lokasi 4 batu nautika selatan Teluk Ramunia,

“PATI tersebut berusia antara 20 hingga 40 tahun telah dibawa ke Jeti Pos Maritim Pengerang dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk ujian saringan COVID-19 serta siasatan lanjut,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply