Home Semasa COVID-19: Kes terus melonjak tinggi, catat 20,889

COVID-19: Kes terus melonjak tinggi, catat 20,889

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kes jangkitan COVID-19 dalam negara terus melonjak melebihi angka 20 ribu mencatatkan sebanyak 20,889 kes baharu, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi hantaran di media sosialnya berkata, penambahan itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes harian wabak berkenaan dalam negara meningkat kepada 1,224,595 kes.

Selangor masih kekal merekodkan kes tertinggi sebanyak 8,792 kes dengan jumlah kumulatif keseluruhan 451,336.

Diikuti Kuala Lumpur 2,483 kes; Kedah (1,371); Sabah (1,291); Johor (1,275) dan Negeri Sembilan (986) kes.

“Manakala, Kelantan pula merekodakan 938 kes; Pulau Pinang (776); Sarawak (652); Perak (624); Pahang (610); Melaka (491); Terengganu (460); Putrajaya (122); Labuan dan Perlis (9),” katanya.

Semalam, Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 antara tertinggi iaitu 20,596 jangkitan dengan 164 kes kematian akibat wabak berkenaan. -airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply