Home Semasa 23 lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD mulai Isnin

23 lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD mulai Isnin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Jul – Sebanyak 23 lokaliti di Sabah dan Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Isnin ini sehingga 14 Ogos depan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti tersebut.

Beliau berkata, PKPD dikenakan di 6 lokaliti di Tawau yang melibatkan, Bandar Sabindo; Kampung Rancangan Sungai Tongkang; Taman Kukusan; Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman Jalan Apas; Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak dan Taman Berjaya.

Selain itu, PKPD juga dikenakan di Kampung Bariawa Laut; Kampung Baitah; Kampung Panagatan Ulu; Kampung Kota Ayangan dan Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau di Keningau.

“3 lokaliti di Kudat iaitu Kampung Seri Aman, Taman Orkid dan Kampung Damaran Banggi,

“Kampung Lupak Meluas Darat; Kampung Sundang Laut; Flat Taman Sejati di Sandakan dan Taman Sempelang; Sembulan; Kampung Sembulan Tengah dan Lamadi Kota Kinabalu turut dikenakan PKPD,” jelasnya dalam kenyatan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, hari ini.

Hishamuddin menjelaskan, Kampung Tempasuk 1, Kota Belud; Kampung Tengah Padang, Putatan; Kampung Babagon, Penampang, turut dikenakan PKPD dalam tempoh yang sama.

Tambahnya, Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab, Pahang akan turut dikenakan PKPD dalam tempoh itu.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” jelasnya. -aitimes.my

Related Articles

Leave a Reply