if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Lagi aktiviti ziarah raya, rentas negeri cetus kluster di negeri Pantai Timur dan Kedah

Lagi aktiviti ziarah raya, rentas negeri cetus kluster di negeri Pantai Timur dan Kedah

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Jul – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 4 kluster komuniti baharu melibatkan aktiviti rentas negeri dan sambutan Hari Raya Aidiladha di 3 negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang selain di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut ialah Kluster Kampung Hujung Repek Melawi di Bachok (6 kes); Kluster Taman Puteri Pulong di Kota Bharu, Machang dan Hulu Terengganu (10 kes); Kluster Dah Kampung Pong di Padang Terap (17 kes) dan Kluster Simpang Cheneras di Lipis (16 kes).

Menurut KKM, kluster Kampung Hujung Repek Melawi di Bachok, Kelantan melibatkan aktiviti ziarah-menziarahi sempena sambutan perayaan.

“Kes indeks bagi kluster ini merupakan seorang wanita berumur 22 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Julai lalu hasil saringan rentas negeri,

“Kes mempunyai sejarah negeri dari Selangor ke Kelantan pada 19 Julai lalu,” jelas KKM.

Kluster Taman Puteri Pulong pula melibatkan individu-individu yang menghadiri sebuah majlis sambutan perayaan dan penularan kes-kes dilaporkan berlaku di Taman Puteri Pulong, Kubang Kerian, Kota Bharu.

“Kes indeks bagi kluster tersebut mempunyai sejarah merentas negeri dari Terengganu ke Kelantan pada 16 Julai lalu,

“Kes indeks ini merupakan lelaki berumur 36 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Julai hasil saringan individu bergejala selepas mengalami gejala sejak 11 Julai lalu,” katanya.

Seterusnya, Kluster Dah Kampung Pong dilaporkan melibatkan individu-individu yang mengadakan sebuah sambutan perayaan di Kampung Pong Utara, Kuala Nerang, Kedah.

Jelasnya, kes indeks bagi klsuter ini merupakan seorang nenek berumur 60 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Julai hasil saringan individu bergejala.

Manakala, Kluster Simpang Cheneras berpunca daripada penularan yang dilaporkan berlaku di Taman Cheneras Jaya, Kuala Lipis, Pahang.

“Kes indeks bagi kluster ini mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Pahang pada 21 Julai lalu,

“Mangsa ialah seorang lelaki berumur 32 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Julai 2021 hasil saringan individu bergejala,” ujarnya.

Keempat-empat kluster tersebut merupakan antara 41 kluster baharu yang dikesan semalam, termasuk 16 kluster komuniti, kluster tempat kerja (22), pusat tahanan (2) dan 1 kluster Pendidikan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?