Home Semasa Sultan Johor kurnia bantuan kepada mangsa ribut di Tanjung Sedili

Sultan Johor kurnia bantuan kepada mangsa ribut di Tanjung Sedili

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 24 Jul – Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengurniakan sebanyak 562 kotak keperluan makanan kepada mangsa ribut di Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang berlaku semalam.

Sumbangan Baginda telah disampaikan oleh Mejar Cina, Datuk David Wong kepada keluarga mangsa ribut yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Setia Jaya, Tanjung Sedil, hari ini.

Bantuan itu disampaikan 12 jam selepas kejadian dan sumbangan makanan daripada Sultan Johor turut diberikan kepada keluarga yang ditempatkan di PPS berkenan.

Kejadian ribut yang berlaku pada jam 3 petang semalam, telah mengakibatkan pelbagai kerosakan 291 kediaman di kawasan Tanjung Sedili, Sedili Besar dan Kampung Sentosa.

Berikutan kejadian bencana alam itu, seramai 9 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Setia Jaya, manakala 2 keluarga ditempatkan di PPS SK Sedili Besar.

Sementara itu, mangsa bencana, Mohd Faizal Mat Teh, 30, berkata kediamannya terjejas teruk akibat kejadian semalam dan kini terpaksa menumpang sementara di rumah saudara.

“Ibu dan kakak pula berada di PPS kerana segala barangan di dalam rumah rosak dibasahi air, manakala sebahagian struktur rumah pula tumbang,

“Memang kami tidak mampu untuk membaiki secara keseluruhan rumah ini kerana hanya bekerja biasa di kampung.

“Terima kasih diatas kurniaan bantuan makanan yang diterima daripada Sultan Johor,” jelasnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply