Home Ekonomi 3 tahun berturut KPMG masih gagal capai patuhi standard – Majlis Laporan Kewangan

3 tahun berturut KPMG masih gagal capai patuhi standard – Majlis Laporan Kewangan

by M.Daim

LONDON, 25 Julai – Syarikat KPMG dikritik oleh pihak berkuasa perakaunan United Kingdom (UK) berikutan kegagalan firma itu untuk mencapai standard yang dikehendaki dalam melakukan audit sektor perbankan.

Menurut Majlis Laporan Kewangan UK (Financial Reporting Council, FRC) dalam satu kenyataan berkata, agensi itu gagal mencapai tahap memuaskan untuk tahun ketiga berturu-turut.

“Hasil pemeriksaan menyeluruh terhadap KPMG mendapati syarikat tersebut masih gagal memperbaiki beberapa perkara yang telah kami kemukakan sebelum ini,

“Perkara ini telah berterusan selama 3 tahun berturut-turut, satu situasi yang sukar untuk diterima oleh kami,” kata FRC dalam laporan tahunan mereka yang dipetik oleh FInancial Times.

Menurutnya, KPMG perlu memperbaiki prosedur dan garis panduan untuk pasukan audit perbankan mereka bagi menghasilkan laporan yang lebih bermutu.

“Kami akan memantau perkembangan KPMG secara rapat,” kata FRC lagi.

Financial Times turut menyatakan KPMG sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang berhubung laporan auditnya terhadap firma pembinaan UK, Carillion.

Difahamkan, KPMG disaman sebanyak 250 juta Pound dan difailkan di Mahkamah Tinggi England.

Selain daripada itu, firma audit terbabit turut didenda sebanyak 4 juta Pound pada tahun 2019 berikutan isu laporan dapatan mereka dalam Co-op Bank.

Pada tahun yan sama, KPMG turut didenda sebanyak 3.5 juta Pound berhubung laporan audit mereka terhadap syarikat pelaburan korporat, BNY Mellon. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply