Home Ekonomi Penubuhan EPSC oleh Serba Dinamik beri impak besar dalam dunia keselamatan siber

Penubuhan EPSC oleh Serba Dinamik beri impak besar dalam dunia keselamatan siber

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 Ogos –  Serba Dinamik Group Berhad telah memberikan impak kepada dunia keselamatan siber setelah hampir setahun menubuhkan E-Security and Privacy Channel (ESPC).

ESPC merupakan platform digital pemusatan yang ditubuhkan oleh Serba Dinamik sejak Jun tahun lalu.

Ketua Pengarah Urusan Serba Dinamik, Datuk Karim Abdullah menegaskan kes keselamatan siber kian meningkat berikutan penggunaan internet yang semakin tinggi semasa pandemik COVID-10.

“Semasa pandemik, kita dapat melihat peningkatan penggunaan internet di seluruh negara dan secara tidak langsung mendedahkan pengguna kepada pelbagai ancaman termasuk serangan siber,” katanya.

ESPC memainkan peranan dalam menangani masalah dalam keselamatan siber dan privasi. Selain daripada itu, ia berperanan sebagai pusat sehenti untuk menyelesaikan masalah teknik, usaha pencegahan jenayah siber, penglibatan masyarakat masyarakat dan memenuhi keperluan perusahaan.

“ESPC merupakan satu-satunya model perniagaan di Malaysia dan global yang mengabungkan  media dalam talian, penyiaran, khidmat keselamatan siber, pendidikan, latihan, khidmat rundingan, dan khidmat komuniti dalam satu bumbung,” kata syarikat dalam satu kenyataan.

Tambahnya, jenayah siber telah menyebabkan syarikat tempatan kerugian kira-kira RM 2.23 bilion sejak 2017.

“Kerugian ini berpunca dari pencerobohan dalam keselamatan siber. Ini menunjukkan keselamatan siber menjadi semakin penting pada masa sekarang dan akan datang,

“Serba Dinamik mempunyai pelbagai keupayaan untuk memastikan syarikat dan perusahaan untuk lebih bersedia dalam menghadapi ancaman keselamatan siber,” ujarnya.

Sementara itu, Karim menegaskan Serba Dinamik telah mempunyai reputasi tersendiri dalam dunia korporat dan kejayaan ini akan diteruskan dalam dunia keselamatan siber.

“Di Serba Dinamik, kami telah mempunyai reputasi yang tinggi dalam memberikan mutu khidmat berkualiti tinggi kepada pelanggan,

“Bakal pelanggan dalam keselamatan siber dijamin akan menerima mutu khidmat yang sama,” katanya.

SD Cybersecurity mempunyai pelbagai produk yang unik dan telah berkerjasama dengan lebih 30 rakan strategik di peringkat tempatan serta global. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply