Home SemasaGlobal Ceroboh perairan, Korea Utara tembak mati 3 warga China

Ceroboh perairan, Korea Utara tembak mati 3 warga China

by M.Daim

PYONGYANG, 26 Ogos – Korea Utara mengesahkan seramai 3 orang nelayan China telah ditembak mati oleh tentera selepas didapati menceroboh perairan negara itu.

3 rakyat China telah dikesan telah mendarat di sebuah pula di kawasan sempadan antara kedua-dua negara.

Menurut laporan DailyNK, kejadian berlaku pada akhir Julai lalu.

“Ketiga-tiga nelayan terbabit telah mencari perlindungan di sebuah pulau berikutan berlakunya ribut taufan,

“Mereka sebelum itu telah hanyut selepas ditiup angin kencang,” kata laporan itu.

Menurutnya, ketiga-tiga nelayan terbabit berada di atas pulau selepas dikesan oleh tentera Korea Utara.

“Mereka dibunuh tidak lama kemudian,” kata laporan itu.

Kerajaan Korea Utara pada tahun lalu mengeluarkan arahan kepada pasukan tenteranya untuk melepaskan tembakan kepada mana-mana individu yang didapati menceroboh sejauh 2 kilometer dari sempadan negara itu.

“Kawasan tersebut adalah sensitif kerana mempunyai stesen pelancaran satelit Sohae. Kawalan keselamatan adalah lebih ketat daripada beberapa kawasan lain,

“Tambahan pula, penangkapan dan hukuman terhadap 3 nelayan China tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak atas,” jelas Daily NK.

Ketiga-tiga nelayan terbabit menggunakan bot untuk menangkap ketam di kawasan barat perairan Korea Utara.

Sementara itu, Presiden Korea Utara, Kim Jong-un menyuarakan rasa kesal terhadap insiden tersebut dan bimbang ianya akan menjejaskan hubungan Beijing-Pyongyang.

Dalam pada itu, China telah melancarkan siasatan terperinci dan menangguhkan pengeluaran permit menangkap ketam di kawasan tersebut. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply