Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat terima sumbangan PPE dari RELA Sabah

Tentera Darat terima sumbangan PPE dari RELA Sabah

by Nurulhuda

LOK KAWI, 10 Jul – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menerima sumbangan Personal Protective Equipment (PPE) berupa pelitup muka daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) negeri Sabah bagi penggunaan anggota tentera yang bertugas dalam menguatkuasakan pelaksanaan Operasi Benteng (Op Benteng) di negeri berkenaan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Ahli Bersekutu dan Kehormat, Jabatan Sukarelawan (RELA) Malaysia Negeri Sabah, Datuk Sri Wong Chong Fah kepada Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen), Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid di Perkarangan Markas Divisyen Kelima Infantri, pada Jumaat.

Markas 5 Divisyen menerusi hantaran di media sosialnya berkata, sumbangan tersebut akan dimanfaatkan oleh 500 anggota tentera yang terlibat dalam penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan rondaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri termasuk di Labuan.

“Sumbangan tersebut juga merupakan pengiktirafan rakyat terhadap kesiagaan dan pengorbanan TDM dalam melaksanakan penugasan berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta pelbagai inisiatif lain bagi membantu kerajaan negeri membendung penularan pandemik COVID-19,” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply