Home Teknologi Pertahanan Airbus akan tawar 12 buah helikopter H225M kepada Malaysia

Airbus akan tawar 12 buah helikopter H225M kepada Malaysia

by M.Daim

SUBANG, 30 APR – Syarikat Airbus Helicopters akan menawarkan H225M dalam pembidaan untuk program perolehan 12 buah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pengarah Urusan Airbus Helicopter Malaysia, Axel de Pascal berkata, Malaysia sudah mengenali keupayaan H225M setelah mengoperasikan pesawat ini selama 12 tahun.

“Malaysia sudah mengenali keupayaan H225M dan mendapat manfaat daripada pesawat umum yang boleh beroperasi dengan segera dan kos operasi yang rendah,

“Kami yakin bahawa H225M tambahan akan melengkapkan pesawat yang sedia ada di TUDM,

“Dengan ekosistem semasa, sebarang aset tambahan aka meningkatkan kecekapan bagi pihak tentera udara di setiap peringkat,” katanya semasa taklimat media di Subang, hari ini.

Sementara itu, Airbus Helicopter Malaysia dalam satu kenyataan menjelaskan kesediaan firma itu untuk menawarkan H225M kepada pihak Kerajaan.

“Mengikut Belanjawan 2024, sejumlah dana telah diperuntukkan kepada TUDM untuk memperoleh 12 buah helikopter,

“Airbus sedia untuk membekalkan H225M untuk pertimbangan apabila tiba Malaysia,” kata kenyataan itu.

Perolehan 12 buah helikopter untuk TUDM telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024. Selain itu, perolehan ini juga dinyatakan sebagai antara fokus utama Kementerian Pertahanan Tahun 2024, seperti dinyatakan oleh menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan sebelum ini menyatakan perolehan 12 buah helikopter tersebut diadakan secara tender terbuka. Perolehan ini telah dihasratkan untuk muktamad sebelum akhir tahun ini.

Pada ketika ini, TUDM mengoperasikan 12 buah EC-725AP (H225M) semenjak tahun 2012.

Selain itu, sebanyak 4 buah helikopter Agusta Westland (AW) 139 turut dioperasikan secara sewaan ‘Government Operate, Company Own and Maintain’ (GOCOM) oleh angkatan udara negara pada ketika ini.

Pengoperasian EC-725/H225M TUDM telah mencatatkan rekod penerbangan 30,000 jam pada Mac 2024. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #TUDM #Airbus

Related Articles

Leave a Reply