IPOH, 9 Jul – Kekurangan bekalan darah Pusat Tabung Darah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah ditampung dengan sumbangan dari pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), pada Khamis.
Markas Briged Kedua Infantri Malaysia (Mk 2 Bgd) berkata, seramai 103 pegawai dan anggota di bawah naunganya telah menjayakan Program Derma Darah Peringkat 2 Bgd di Dewan Piyuntunan, Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD).
“Program yang diadakan dengan kerjasama Pusat Tabung Darah HRPB bertujuan membantu pihak hospital yang memerlukan stok bekalan darah, di mana ianya adalah antara tanggungjawab sosial TDM kepada pihak yang memerlukan bantuan,
“Aktiviti ini adalah bagi meningkatkan hubungan TDM dengan orang awam, khususnya dalam usaha membantu Pusat Tabung Darah agar sentiasa bersedia memberi perkhidmatan serta rawatan kepada masyarakat,” katanya.
Pada masa sama, program ini dilaksanakan dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – airtimes.my