KUALA LUMPUR, 8 Jul – PAS menegaskan sokongan sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kesemua 18 Ahli Parlimen PAS memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Muhyiddin.
“PAS turut melahirkan kekesalan terhadap sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik dalam negara, khususnya dalam keadaan kerajaan sedang berusaha menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang melanda negara,” katanya dalam kenyatan, hari ini.
Menurut Abdul Hadi, PAS menyeru seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung langkah-langkah kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.
“Terutamanya bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan,” ujarnya. – airtimes.my