Home Ekonomi Uncle Tan akui penulisan artikel fitnah Serba Dinamik tidak berasas

Uncle Tan akui penulisan artikel fitnah Serba Dinamik tidak berasas

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Seorang pengguna laman sesawang klse.3investor.com, Uncle_Tan telah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung penyiaran artikel berunsur tohmahan terhadap Serba Dinamik Holding Berhad (Serba Dinamik).

Dalam permohonan maaf tersebut, beliau menegaskan artikel “Serba Dinamik – A Ponzi Scheme?” adalah bersifat pendapat.

“Saya memohon maaf seikhlas hati kepada pihak pengurusan Serba Dinamik berhubung penyiaran artikel tersebut,

“Saya faham bahawa pendapat bukannya fakta,” katanya.

Jelasnya, Serba Dinamik telah memberikan penerangan jelas terhadap dakwaan artikel tersebut.

“Dengan penerangan yang telah diberikan, artikel tersebut telah ditarik balik,” ujarnya.

Tegasnya, artikel tersebut ditarik balik dengan niat ikhlas.

Semalam, pihak Serba Dinamik telah membuat laporan polis berhubung satu artikel yang bertajuk “Serba Dinamik – A Ponzi Scheme?” yang disiarkan di laman sesawang klse.3investor.com.

Timbalan Presiden Kanan (Keselamatan Siber) SDHB, Leftenan Kolonel (B) Datuk Dr Husin Jazri menegaskan artikel tersebut mengandungi maklumat tidak benar.

“Artikel tersebut mengandungi maklumat yang tidak benar dan berunsur fitnah,

“Ianya juga dilihat bertujuan untuk menimbulkan spekulasi di kalangan pelabur dan orang awam berkenaan saham Serba Dinamik,” kata Husin dalam laporan polis. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply