Home Semasa COVID-19: Angka jangkitan harian terus melonjak dengan 7,857 kes

COVID-19: Angka jangkitan harian terus melonjak dengan 7,857 kes

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 7,857 kes jangkitan harian baharu direkodkan sepanjang 24 jam lalu.

KKM dalam ciapan di twitter rasminya berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes harian di Malaysia meningkat sebanyak 541,224 kes.

Menurutnya, Selangor terus kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi, dengan 2,675 kes dan ia menjadikan jumlah kes kumulatif di negeri tersebut adalah 177,450 kes.

Negeri Sarawak pula mencatat kes kedua tertinggi sebanyak 772, Kelantan (754), Kuala Lumpur (561) dan Johor (549).

Ia diikuti Kedah (441), Pulau Pinang (365), Negeri Sembilan (353), Terengganu (282), Pahang (238), Melaka (234), Perak (228), Sabah (217), Labuan (170), Putrajaya (12) dan Perlis (6).

Ini merupakan hari ketiga berturut-turut, angka jangkitan melebihi paras 7,000 kes semenjak wabak ini melanda negara pada setahun lalu.

Semalam, negara mencatatkan kes harian baharu sebanyak 7,478 kes dengan 63 kematian direkodkan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply