if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa COVID-19: Sedia untuk hadapi sebarang kemungkinan buruk – Noor Hisham

COVID-19: Sedia untuk hadapi sebarang kemungkinan buruk – Noor Hisham

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menyatakan Malaysia perlu bersedia menghadapi kemungkinan buruk berikutan kadar peningkatan kes COVID-19.

Beliau dalam satu ciapan di akaun Twitternya berkata, kes baharu kian meningkat setiap hari terutamanya selepas 1 April.

“Peningkatan ini mungkin akan berlaku secara mendadak. Kita perlu menghadapi sebarang kemungkinan buruk,

“Mengabaikan data dan fakta bukannya menjadi alasan untuk tidak berada dirumah,

“Sekiranya perlu meninggalkan rumah kerana keperluan mendesak atau berkerja, sila patuhi semua SOP,” katanya.

Tambahnya, tanggungjawab untuk memutuskan rantaian COVID-19 adalah menjadi tanggungjawab semua pihak.

Hari ini, Malaysia telah mencatatkan kes tertinggi iaitu 7,289 kes. Ini merupakan kali pertama negara catat kes lebihi paras 7,000 semenjak wabak pandemik tersebut melanda Malaysia pada tahun lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply