Home Semasa Remaja maut akibat peluru meriam tinggalan Perang Dunia Kedua

Remaja maut akibat peluru meriam tinggalan Perang Dunia Kedua

by M.Daim

HONIARA, 10 Mei – Seorang remaja maut dan 3 lagi cedera apabila sebuah peluru meriam Perang Dunia Kedua meletup di Pulau Solomon.

Kejadian berlaku di kawasan tengah bandar ibu negara Pulau Solomon, Honiara, pada Ahad lalu.

Menurut Polis Diraja Pulau Solomon (RSIPF), kesemua remaja malang terbabit sedang membakar unggun api untuk memasak makanan.

“Kesemua mangsa tidak menyedari terdapat satu peluru meriam 105mm tinggalan Perang Dunia Ke-2 tertanam di kawasan unggun api,

“Mereka sedang melakukan persiapan memasak makanan untuk program kebajikan,” kata RSPIF di akaun media sosial rasminya.

Pihak polis Pulau Solomon mengesahkan letupan berpunca dari peluru meriam 105mm High Explosive.

Pulau Solomon merupakan sebahagian daripada teater pertempuran antara Amerika Syarikat dan Jepun di kawasan Pasifik semasa Perang Dunia Kedua – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply