Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Kenyalang Rimba uji keupayaan anggota 8 RRD (Para) tangani ancaman insurgensi

Eksesais Kenyalang Rimba uji keupayaan anggota 8 RRD (Para) tangani ancaman insurgensi

by Air Times News Network

TERENDAK, 10 Mei – Kompeni Delta 8 Rejimen Ranjer Diraja (8RRD) (Para) telah melaksanakan Eksesais Kenyalang Rimba Siri 1/2021 untuk memperkasakan kemahiran anggota dalam menangani ancaman insurgensi yang bermula pada 16 April hingga 6 Mei 2021.

Markas 10 Briged (Para) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, seramai 5 orang pegawai dan 106 anggota telah terlibat dalam eksesais ini yang diadakan di sekitar kawasan Kem Terendak, Melaka.

Menurutnya, eksesais ini berkonsepkan Peperangan Melawan Insurgensi (PMI) yang telah dilaksanakan dalam 3 fasa.

“Fasa pertama adalah persiapan dan diikuti dengan fasa kedua iaitu perlaksanaan kelas teori dan praktikal di medan merangkumi kawad-kawad menduduki pangkalan, kawad merentas halangan, ronda tempur, ronda tinjau dan serang hendap.

“Manakala fasa ketiga pula adalah melibatkan Field Training Exercise (FTX) di mana pelaksanaannya bermula daripada menduduki pangkalan, ronda, serangan hendap dan diakhiri dengan serangan pangkalan sementara musuh,” katanya.

Sementara itu, fasa After Action Review (AAR) turut dilaksanakan di sekitar kawasan Bukit Langsat.

“Eksesais ini penting terutamanya di dalam aspek meningkatkan ilmu pengetahuan dan peningkatan kompetensi pegawai dan anggota selain memperkemaskan Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP),” ujarnya.

Selain itu, objektif eksesais ini juga adalah sebagai persediaan kepada pasukan bagi menghadapi Eksesais Para Predator Siri 1/2021 dan Eksesais Gerak Pantas Siri 25/2021 bermula pada bulan Jun hingga Ogos 2021. – airtimes.my

Galeri Gambar :

Related Articles

Leave a Reply