Home Pertahanan dan Keselamatan 20 PATI ditahan cuba pulang ke Indonesia

20 PATI ditahan cuba pulang ke Indonesia

by Air Times News Network

KAPAR, 9 Mei – Pasukan keselamatan berjaya menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia yang mahu pulang ke negara asal menggunakan laluan tidak sah di kawasan paya bakau Jalan Benteng Kiri, semalam.

Kesemua PATI ditahan dalam Op Benteng Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Semenyih bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Klang Utara dan Pasukan Polis Marin (PPM), Pelabuhan Klang.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Semenyih, Superintendan Rizal Mohamed berkata, pasukan telah menahan 16 lelaki dan 4 perempuan berusia antara 20 hingga 50 tahun pada jam 3 petang.

“Hasil siasatan mendapati, kesemua warganegara Indonesia tersebut dipercayai cuba keluar dari Malaysia menggunakan jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut,

“Hasil pemeriksaan lanjut, pasukan telah menjumpai sebuah bot bersama enjin dipercayai digunakan sebagai pengangkutan laut dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM42,000.00,” katanya.

Menurut Rizal, kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Kapar untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1956/63.

“Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas polis, manakala bot dan enjin diserah kepada PPM, Pelabuhan Klang,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply