Home Diskusi Penubuhan Parti Veteran ATM – Parti Kemakmuran Negara

Penubuhan Parti Veteran ATM – Parti Kemakmuran Negara

by Mior Rosli

Parti politik berbilang kaum ini pada mulanya diusaha penubuhannya oleh Veteran dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Veteran mengambil keputusan untuk bertanding di PRU-15 bukan semata-mata didorong oleh keputusan perasaan kekecewaan atau kerana kepentingan peribadi yang bakal jadi calon.

Veteran bukan lagi anggota tentera yang tertakluk kepada undang-undang Angkatan Tentera (Akta Angkatan Tentera 1972). Veteran adalah bekas anggota tentera yang telah menjadi orang awam yang biasa selepas bersara atau tamat perkhidmatan.

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dulunya di kenali sebagai bekas perajurit/tentera (PBTM) mula ditubuhkan pada tahun 1922. Melalui persatuan, kami adalah antara NGO yang tertua dengan cawangan di seluruh negara dan sangat “structured” dari segala segi. Sekarang NGO ini terhad kerana dibawah kawalan Kementerian Pertahanan.

Semasa dalam ATM, kami adalah terdiri dari orang-orang professional, dalam bidang kemahiran kepimpinan yang berdisiplin; perancang peperangan; pakar perisikan tentera, politik, gerak saraf dan propaganda melawan musuh, kedoktoran dan perubatan; kejuruteraan awam, elektrikal, makanikal dan lain-lain; pakar bom dan pemusnah bom; pendidikan dan pelajaran; logistik; perundangan; komando dan gerak khas; akauntan dan kewangan; juruterbang; pelayaran dan berpuluh-puluh tred dari kejuteraan hingga ke tukang masak professional.

Logo Parti Kemakmuran Negara

Selepas bersara, ramai di antara veteran mempunyai ijazah sarjana dan tidak kurang mempunyai PhD. Dengan berbekal dengan pengalaman antara 25 hingga 38 tahun dalam kerajaan, dan ramai yang memegang jawatan tinggi korporat, veteran bukan calang-calang orang yang boleh di remeh dan di perkudakan.

Yang masih hidup sekarang, kebanyakan veteran telah berkhidmat dengan mempertaruhkan darah, peluh dan air mata untuk melawan musuh negara sejak dharurat 1948-1960, konfrantasi Indonesia 1963-1965, khidmat di bangsa-bangsa bersatu di Congo, dharurat 1969 hingga 1989. Banyak lagi operasi dalam dan luar negara yang telah kami lakukan demi sumpah kepada Ibu Pertiwi, Jihad untuk agama, perlindung kepada rakyat dan keluarga mereka supaya mereka hidup aman dan damai. Semasa dalam perkhidmatan, kami sentiada apolitikal dan sentiasa taat setia kepada Raja dan Negara tanpa mengeluh dan soalan.

Sepanjang perjuangan kami, kami juga melihat ramai rakan-rakan seperjuangan yang cedera perang, putus kaki, tangan, hilang penglihatan, pekak, hilang siuman, dan berbagai jenis kesan dari peperangan. Ramai juga yang terkorban membuat isteri kehilangan suami, anak-anak kehilangan ayah yang di cinta. Tak apa, inilah yang kita katakan perjuangan. Hidup kami tidak mewah, prebet ketika itu gaji hanya RM140.00 sebulan, tapi kami diberi kemudahan oleh British dalam banyak hal seperti kedai NAAFI bebas cukai, Panggung Wayang percuma, tiket keretapi percuma, dan bermacam-macam lagi. Malangnya kemudahan kami itu di tarik satu persatu oleh kerajaan.

Kami dulunya diberi penghargaan sebagai pegawai Divisyen Satu bagi pegawai, dan divisyen dua bagi Lain-lain pengkat (LLP). Tapi semasa Lapuran Suruhanjaya Tun Sofiyan (circa 1964) kerajaan cuba menjatuhkan status ATM ketaraf yang lebih rendah dari Perkhidmatan Am Awam tapi gagal. Pada 1972 kerajaan cuba lagi melalui Laporan Suruhanjaya Tan Sri Sheikh Abdullah. Kali ini kerajaan berjaya merendahkan beberapa status ATM bawah dari perkhidmatan awam dengan menurunkan gaji dan menaikkan beberapa elaun. Walaupun secara amnya kerajaan berjaya tetapi kerajaan tidak mampu pinda perlembagaan terutama Perkara 41, Perkara 132, Perkara 137, Perkara 139(1) Perlembagaan Persekutuan.

Pada tahun 1977, Enakmen Askar Melayu, Ordinan Askar Persekutuan 1952 [Ord. 27 tahun 1952], Ordinan Angkatan Tentera 1952 [Ord. 47 tahun 1952], Ordinan Tentera Laut 1958, Ordinan Tentera Udara 1958, Ordinan Askar Wataniah 1958 [Ord. 52 tahun 1958], Ordinan Simpanan Sukarela Tentera Laut 1958 [Ord. 55 tahun 1958] dan Ordinan Simpanan Sukarela Tentera Udara 1958 [Ord. 58 tahun 1958] telah dimansuhkan dan di gantikan dengan Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77). Walau apa-apa pun kedudukan dan tradisi ATM tidak banyak berubah dan kekal hingga sekarang.

Yang paling meyedihkan kami adalah apabila kami di harmonikan gaji dan beberapa syarat perkhidmatan kami dengan perkhidmatan awam. Kemasukan dalam ATM tidaklah berdasarkan kepada keberanian, patriotisme dan kekuatan fisikal dan mental tapi lebih kepada kelulusan akademik. Dulu seorang pegawai berumur 19 tahun sudah jadi juruterbang pejuang yang bernilai berbilion ringgin, menjadi ketua platun yang memimpin 30 orang untuk menyerang musuh, meronda lautan di sempadan. Sekarang sistem harmoni ini umur minima adalah 25 tahun dan baru mampu beroperasi di umur 27 tahun. Di umur 30 tahun ramai yang sudah berkeluarga dan ini akan menimbulkan masalah domestik peribadi.

Perkhidmatan tentera tidak sama dengan dengan awam. Mereka yang berhenti selepas 12, 15, dan 18 tahun tidak dapat pencen.  Mereka yang di berhenti atas disiplin di pandang sebagai pesalah hingga ke liang lahad. Ini termasuk isteri dan anak-anak tidak dapat apa2 bantuan dari kerajaan. Walau pun kesalah itu sebagai kesalahan kecil.

Sidang media Veterans March to Parliament (V4MP) mengumumkan penubuhan Parti Kemakmuran Negara baru-baru ini

Semasa kerajaan naik kan gaji perkhidmatan awam pada 2013, veteran lah yang paling teruk di anak tirikan. Masa itu ramai yang dapat pencen RM 200 lebih tidak di selaraskan. Veteren-veteran ini dulunya bertaruh nyawa untuk negara tidak di pedulikan. Rakyat dan kerajaan haya menghormati kami secara ceremonial di hari pahlawan sahaja, tidak lebih dari itu. Ramai yang dari gulungan infantri yang hanya ada kemahiran berperang hidup di pinggir hutan, duduk dalam kotak, kais pagi makan pagi, hidup susah seperti fakir. Orang politik mempergunakan mereka ini dengan memberi dedak bila PRU hampir tiba. Budaya dedak ini mula meresapi dalam anggota tentera.

Terdapat beberapa parti politi mengambil veteran-veteran tertentu sebagai wakil rakyat tetapi Yang Berhormat (YB) tersebut mewakili parti yg mereka terikat dan mereka ada manifesto untuk di perjuangkan, oleh itu kita mereka ada perjuangan  parti mereka dan ada batasan. YB ini hanya bijak menjaga kedudukan peribadi, selesa “me cium tangan” pucuk pimpinan parti, bersuara membawa isu veteran sekadar isu semasa atau untuk pancing undi PRU.

Sejak 2014, beberapa orang pegawai dari PVATM dan beberapa persatuan veteran lain telah mula bangkit menyuarakan untuk membela nasib Veteran, malangnya hingga 2021 tidak ada satu tindakan positif yang di buat.

Dari tahun 2014, hingga sekarang kami mula melihat bahawa negara ini telah bertukar pemerintah tiga kali. Yang paling menyedihkan kami lihat kerajaan memerintah selama 60 tahun telah menjadi kerajaan perasuah, kerajaan perompak wang rakyat dan kerajaan yang digelar sebagai kerajaan Kleptokrasi.  Mereka ambil duit negara seperti duit mereka sendiri. Mereka guna wang petronas, wang KWSP, Wang KWAP, Wang LTAT, Wang Tabung Haji, dan lain-lain lagi. GlC negara seperti MAS, FELDA, dan banyak lagi hampir bankrup. Ketirisan yang belaku hapir beratus billion. Hutang negara meningkat lebih dari satu Trillion.

Kerana kelampauan kerajaan itu, mereka di kalahkan oleh satu gabungan parti pembangkang. Gabungan ini menang secara mengejut di PRU 14. Mereka menjadi beruk mendapat bunga. Mereka meletakan hampir 100 manifesto, dan hanya mampu untuk laksanakan tak sampai 5 isu sepenuhnya. Gabungan ini banyak membuang masa mengaib kan parti terdahulu dan tumpukan isu yang lain dari manisfesto mereka seperti memperjuanhkan ICERD, Statut Rom, mengiktiraf kan PKM, MPAJA, memperkasakan sekolah vernucular, membuat dasar yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan, menakut-nakutkan orang melayu yang rata-rata miskin tegar dan meniup semangat racial dan sebagainya. Mereka juga bermusuhan dalam parti dan antara parti, masing-masing gila kuasa. Akhirnya gabungan parti ini berpecah dan hilang majoriti di parlimen. Mereka hanya bertahan 22 bulan sahaja.

Satu gabungan parti2 Melayu telah ambil alih kerajaan di luar pilihanraya umum. Oleh kerana gabungan ini dipimpin oleh parti yang terkecil, pergolakan merebut kuasa telah belaku. Oleh kerana COVID-19 menjadi pandemik, kerajaan baru ini mengunakan alasan untuk meyakinkan YDPA supaya satu pengistiharan Dharurat harus di adakan.

Veteran padang serious perkara ini.Veteran merasakan kami sudah jatuh dan di timpa tangga. Veteran berpendapat bahawa sudah tinggal satu cara sahaja yang veteran harus buat untuk menyelamat kan ahli veteran yang hidup susah, negara yang hampir bankrup/muflis, Rakyat yang ramai hilang perkerjaan dan ketidak kestabilan kerharmonian kaum, veteran harus mara ke parlimen melalui pilihanraya umum.

Para pengkritik yang taksub kepada ketuanan Melayu mengatakan Veteran akan pecahkan undi Melayu. Kami berpendapat, dari membiarkan pemimpin yang korup dan tidak berintegriti bertanding dan meneruskan aktiviti mereka, adalah lebih baik Veteran berusaha kalahkan mereka.

Veteran juga akan bertanding di kawasan di mana parti politik Peribumi/ Melayu/Islam tidak ada peluang menang akan kami sedia calon Veteran pilihan Rakyat bukan Melayu.

Veteran akan bertanding di semua kawasan yang ada kem tentera dan penepatan veteran. Buat masa ini kami telah kenal pasti 50 kerusi parlimrn dan beberapa kerusi DUN.

Pemimpin perasuah, tidak berintegriti, tidak kompeten, dan yang tidak menunjukkan sebagai wakil rakyat sebenar walaupun mereka Melayu, Veteran akan tentang mereka habis- habisan.

Veteran berpendapat Melayu Order baru perlu di wujudkan untuk menggantikan Melayu yang tidak mampu membangunkan umat Melayu walaupun sudah lebih 60 tahun memerintah.

Di malaysia terdapat 64% pengundi di atas pagar. Jumlah veteran ada 304k. Jika dengan isteri/suami dan dua orang anak berumur 21 tahun, sekiranya veteran benar2 bersatu, kami mempunyai 1.2  juta penyokong. Ini belum termasuk mereka yang dalam perkhidmatan, sedara mara, kawan-kawan, NGO-NGO yang akan bersama kami. Calon-calon kami di tapis dengan rapi dari segi kelulusan akademik, pengalaman kerja dan berintegriti. Kami tidak akan calunkan dengan tangkap muat seperti parti2 politik yang lain. Setiap orang yang bertanding di bawah parti veteran perlu mengangat sumpah setia dan tanda tangani kontrak yang akan mengikat mereka dari berpaling tadah. Walaubagaimanapun kami yakin dengan setia kawan kami sepertimana kami berkhidmat dulu.

Cara kami berkempen adalah dengan tidak megaibkan pemimpin lawan, dan parti lawan. Kami serious dalam perjuangan kami. Kami hendak tegaskan disini bahawa politik tidak pernah kotor, yang kotor adalah politikus yang tidak amanah dan tidak ada integriti.

Nasihat kepada kami untuk bergerak sebagai NGO sudah terlewat sebab kami sememangnya sudah ada  NGO dan Persatuan. Dan kami mempunyai lebih 130 persatuan veteran mengikut kor dan perkhidmatan. Kami juga mempunyai sebuah NGO yang di daftarkan di bawah ROS supaya JHEV dan Kementah tidak boleh kawal kami.

Kami mahu bersihkan politik Malaysia dari najis dan kekotoran. Kita tidak muhu bergelumang dengan najis yang ada. Kami Veteran tidak akan berpura dan berbohong pada rakyat. Rakyat akan menilai kami.

HARI INI DALAM SEJARAH 4 MEI 2021.

DEKLARASI VETERAN DI ROYALE CHULAN DAMASARA.

KELAHIRAN PARTI KEMAKMURAN NEGARA (PKN).

PKN ADALH ALTERNATIF TERBAIK

MENZAHIRKAN PEMIMPIN BERINTEGRITI DAN BERMARUAH KEMAHUAN RAKYAT BAGI MENGGANTIKAN MEREKA YANG KORUP DAN TERCEMAR!

Mej Mior Rosli TUDM (Bersara)
JSD, PJM, DPA (POL SC), LLB, LLM, MSc HRD
AJK PROTEM V4MP

Penulis merupakan veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Ahli Jawatankuasa Protem Veterans March to Parliament (V4MP)

PENAFIAN:

Air Times News Network tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

 

 

Related Articles

Leave a Reply